Monday, December 15, 2008

Pemberian Dividen ASB 8.75 %

Rasa gembira dengan pemberian dividen oleh PNB kepada penyimpan -penyimpan ASB .Ini akan menggalakan lebih ramai lagi penyimpan yang masih lagi tidak mahu menyimpan wang mereka kedalam ASB.
Sebaiknya rakyat Malaysia membuat simpanan sekarang dengan PNB supaya masa depan terus terbela.

Pembelian kereta Toyota Camry

Kerajaan Perak telah meluluskan pembelian sebanyak 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Ahli Majlis Mensyuarat Kerajaan Negeri ( EXCO ) dan pegawai kanan kerajaan negeri tersebut.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin ketika mengumumkan perkara berkenaan berkata keputusan itu di buat selepas mengambil kira kos memperbaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan.

Pada pendapat anda apakah alasan isu ini relevan atau mereka inginkan kereta import yang canggih

Wednesday, December 3, 2008

Rakan pejabat


Ini teman atau lebih mesra sebagai adik le kepada aku di pejabat .Beliau sahaja teman wanita aku disini memandangkan semua rakan pejabat aku adalah lelaki .